Thursday, July 22, 2010

KRITERIA LELAKI SOLEH BERDASARKAN AL-QURAN DAN HADIS



1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.

2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.

3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.

4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.

5. Ikhlas dalam beramal.

6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.

7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.

8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.

9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.

10. Solat malam menjadi kebiasaannya.

11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt

12. Selalu berinfaq samada dalam keadaan lapang mahupun sempit.

13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.

14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi mungkarnya.

15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.

16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa saling membetulkan sesama ikhwan dan tawadhuk penuh kepada Allah swt.

17. Berkasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

Selain daripada ciri-ciri diatas, orang orang yang soleh juga merupakan insan-insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah swt. setelah para nabi nabi dan orang orang yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.InshaAllah.

Saturday, June 19, 2010

Peringatan buat diri yg sering lupa

Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al-Quran), Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.
-Azzukhruf : 36-

Terima kasih pd shbt byk bantu perjuanganku..
Dlm usrah yg ana ikuti hari ahd lepas..scr ringks ini ana peroleh..

Gejala maksiat(ingkar) yg berlaku di persekitaran kita m'cerminkn betapa umat Islam sudah tidak mahu beramal dgn kata2 Allah(AlQuran).Sebaliknya memilih utk ber'sahabat' dgn syaitan laknatullah."Sesungguhnya dia(syaitan) musuh kamu yg terang lg nyata" -Surah Yassin-
kita perlu kenal siapa musuh,siapa teman.

Sesekali kita berpaling@ ingkar perintah Allah,maka scr automatik kita ikut tunjuk ajar syaitan.
Igt,syaitan la musuh kita,dia yg kacau kita time nk bgn subuh,bila org ajk kita wat baik,bila org ajk pg msjd,bila ustaz@org suruh tutup aurat,bile mkn..mcm2 lg..

Apabila kita mengakui iman melalui janji '2 Kalimah Syahadah',maka apa yg perlu dilakukan ialah;
1)mengucapkn dgn lidah.
2)m'benarkn dgn hati.
3)m'buktikan dgn amalan.
Akn tetapi,pelaksanaan utk m'benarkn dgn hati dan m'buktikn dgn amalan amatlah susah biarpun sudah sekian lama mengakui keislaman.

Inilah silapnya apabila pd hakikatnya kita m'benarkn hawa nafsu menguasai jiwa.Nafsu perlu ditundukkan tidak boleh dihapuskn.
Kalimah Syahadah apabila diucapkn bkn shj perlu diimani malah wajib dibangkitkn dlm jiwa dgn p'buktian2 yg ikhlas.Maka ini akn m'jamin Kalimah Toyibbah ini di akhir kalam.
InshaAllah.Muhasabah diri,perbykkn zikir dan fikir tentang Islam.

p/s ; Sentiasalah perbaharui syahadah kita setiap masa slain 5 kali dlm solat,terutama sebelum tidur...

-ini scr ringkas dpt ana kongsi,sgala silap tegur2 lah.tegur dgn hikmah.

Saturday, May 29, 2010

Kehidupan terbaruku.


Salam...

dlm 2minggu di matrikulasi,
pelbagai cabaran serta tekanan yg sy hadapi..walaupon rumah berhampiran je..
dlm keadaan zmn 'gelap'ku masih menghantui..pelbagai jenis tingkah laku yg sy jumpe..
serta keadaan busuk yg mana pernah sy alami,kembali muncul di sini..

tp itu bkn alasan utk mngalah dr terus maju dan maju...Nabi juga mengambil masa yg lama utk jatuhkn jahiliyyah..
sbg konklusinya,sy ambil pendekatan doa iftitah sbg mngukuhkn kekuatan jiwa..janji2 itu akn timbulkn keikhlasan dlm diri ini..inshaAllah.

yg syoknya,msjd sni cantik,Masjid Maghfirah namenye..ustaz2 yg beri tazkirah@ilmu lwk2 belaka..
tp jauh skit le ngan asrama lelaki..tp jiwa sy ttp bersama msjd...angin bukit beri nafas pd msjd..

inshaAllah..kejayaan demi kejayaan akn diperoleh dr hari ke hari..
igt shbt2,jgn lupa tunjukkn kita ni Islam..buktikn..
Subhanallah,walhamdulillah,walailahaillallah,waallahuakbar!

Monday, May 10, 2010

Isytihar perang terhadap syaitan laknatullah..



Pengisytiharaan perang terhadap syaitan dan sekutunya adalah tanggungjwb bg setiap muslim..
krn syaitan adalah musuh kita yg terang lg nyata...
dalam menuju keredhaan Allah,syaitan antara penghalang terpenting...

die mngajak melakukn perkara2 yg x baik dan mengikut kehendak nafsu serta jauh dr kehendak Allah..
usah terpedaya..gandakan usaha menuju redhaNya..sentiasa optimis..
tp igt,apabila usaha kebaikan digandakan,usaha syaitan juga berganda..

jd,kembali lah berpegang pada AlQuran,bykkn zikrullah...
jgn ada rasa putus asa dgn Allah..bersihkn jiwa dr dosa,hijrahlah kpd yg lebih baik..
Semoga berjaya dlm peperangan ini..dgn iman,kita pasti mng!

Sunday, March 14, 2010

Keajaiban negeri yg penuh rahmat.




basah baju ketika solat istiqa'.


KOTA BHARU, 12 Mac: Hujan yang turun di sekitar bandar raya ini membasahkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan serta ribuan rakyat yang menyertai solat sunat istisqa.

Hujan agak lebat tiba-tiba turun pada rakaat pertama solat sunat Istisqa yang diadakan di Padang Perdana pagi kelmarin.

Solat tersebut diimamkan Menteri Besar bermula kira-kira jam 8.30 pagi.

Ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang membawa surah pada rakaat pertama tiba-tiba hujan turun agak lebat sehingga membasahkan ribuan yang menunaikan solat.

Hujan hanya berhenti selepas selesai solat sunat tersebut.

Semua yang hadir termasuk pembesar negeri dan pegawai kanan kerajaan kelihatan basah kuyup.

Program tadi dihadiri hampir kesemua pegawai kanan kerajaan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Faudzi Che Mamat, Pengelola Istana, Datuk Abdul Halim Hamat dan Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Muhammad.

Solat Istisqa tersebut merupakan kali kedua diadakan di Kelantan selepas pertama kali diadakan beberapa tahun lalu akibat kemarau panjang.

Cuaca kering dan panas kini melanda seluruh negara sehingga ada tempat paras sungai dan empangan semakin surut dan tanah-tanah menjadi merekah.

Ketika membaca khutbah Menteri Besar memalingkan badan ke arah kiblat seketika sebagai mengikut amalan sunnah Rasulullah s.a.w. ketika baginda mengerjakan solat Istisqa.

Harakahdaily/-

penulis ~ Allah maha mendengar kata hambanya yg meminta..Allahuakbar!

Wednesday, March 10, 2010

11.03.2010 - medan penerusan perjuangan atau sebaliknya?

11 mac 2010 hari yg di tggu2..hari keluarnya keputusan SPM 2009.sprt dijangkakan ramai yg mengeluh ketakutan,cuak,dan sebagainya.

Akn tetapi,sy yakin ats usaha yg sudah sy berikn dahulu..jadi skrg hanya perlu bergantung kpd tuhan yg maha kaya.mudah-mudahan dgn berkat kputusan sy nnti menjadi laluan utk mencari rezeki yg halal serta diri menjadi insan yg cemerlang di dunia dan akhirat.

Igt,perjuangan masih belum selesai....

24 hour to go..

Friday, March 5, 2010

Bagaimana Islam Memerintah Negara.


Tajuk yg menarik kan?!Sy baru dptkn.18 ringgit..dikhabarkan buku ini menjawab persoalan Bagaimana Islam Memerintah Negara?Jom kita siasat..