Sunday, March 14, 2010

Keajaiban negeri yg penuh rahmat.




basah baju ketika solat istiqa'.


KOTA BHARU, 12 Mac: Hujan yang turun di sekitar bandar raya ini membasahkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan serta ribuan rakyat yang menyertai solat sunat istisqa.

Hujan agak lebat tiba-tiba turun pada rakaat pertama solat sunat Istisqa yang diadakan di Padang Perdana pagi kelmarin.

Solat tersebut diimamkan Menteri Besar bermula kira-kira jam 8.30 pagi.

Ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang membawa surah pada rakaat pertama tiba-tiba hujan turun agak lebat sehingga membasahkan ribuan yang menunaikan solat.

Hujan hanya berhenti selepas selesai solat sunat tersebut.

Semua yang hadir termasuk pembesar negeri dan pegawai kanan kerajaan kelihatan basah kuyup.

Program tadi dihadiri hampir kesemua pegawai kanan kerajaan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Faudzi Che Mamat, Pengelola Istana, Datuk Abdul Halim Hamat dan Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Muhammad.

Solat Istisqa tersebut merupakan kali kedua diadakan di Kelantan selepas pertama kali diadakan beberapa tahun lalu akibat kemarau panjang.

Cuaca kering dan panas kini melanda seluruh negara sehingga ada tempat paras sungai dan empangan semakin surut dan tanah-tanah menjadi merekah.

Ketika membaca khutbah Menteri Besar memalingkan badan ke arah kiblat seketika sebagai mengikut amalan sunnah Rasulullah s.a.w. ketika baginda mengerjakan solat Istisqa.

Harakahdaily/-

penulis ~ Allah maha mendengar kata hambanya yg meminta..Allahuakbar!

Wednesday, March 10, 2010

11.03.2010 - medan penerusan perjuangan atau sebaliknya?

11 mac 2010 hari yg di tggu2..hari keluarnya keputusan SPM 2009.sprt dijangkakan ramai yg mengeluh ketakutan,cuak,dan sebagainya.

Akn tetapi,sy yakin ats usaha yg sudah sy berikn dahulu..jadi skrg hanya perlu bergantung kpd tuhan yg maha kaya.mudah-mudahan dgn berkat kputusan sy nnti menjadi laluan utk mencari rezeki yg halal serta diri menjadi insan yg cemerlang di dunia dan akhirat.

Igt,perjuangan masih belum selesai....

24 hour to go..

Friday, March 5, 2010

Bagaimana Islam Memerintah Negara.


Tajuk yg menarik kan?!Sy baru dptkn.18 ringgit..dikhabarkan buku ini menjawab persoalan Bagaimana Islam Memerintah Negara?Jom kita siasat..

Wednesday, March 3, 2010

Ziarah Kedah Darul Aman(2)

RFC.
Antara hidangan menarik.
Radix koko(kiri).
makan yok!

Sempat singgah di RFC Sg.Petani.hehe..Sg.Petani dah mcm pekan HPA...pusing sikit jumpe kdai Hpa..pusing lg..jumpe lg..cawangan2 die ade byk kt sg petani..mcm2..

Tuesday, March 2, 2010

Ziarah Kedah Darul Aman(1)

kedah maju
Masjid Zahir,Alor Setar
pandangan sisi
pintu gerbang.
reka bentuk yg menarik.


mimbar.
"byknya dosa2ku,ya Allah,ampunkan aku"

Selasa lepas,dlm perjalanan pulang ke ipoh dr rumah maktok di ayer itam,sempat singgah di masjid zahir.
sy rase cantik reka bentuknya melambangkn keberkatan negeri kedah.fuh,dah maju skrg wo. pastu byk pulak banner2 yg bertulisan jawi.hm...kt ipoh mane ade!