Sunday, December 27, 2009

Mukmin Profesional



Salam,
Di dalam AlQuran,Allah telah mengangkat darjat kedudukan mukmin dan merendahkan serta menghina siapa yg dipanggil mujrimun(org2 yg berdosa),munafiqun,dan kafirun.
Walaubagaimanapun,utk menjadi seorg mukmin yg baik bukan perkara yg mudah.
Ia perlu kpd penggabungan antara
Ilmu,Iman dan Amalan seorang itu sendiri.

Usaha dalam melahirkan golongan
Mukmin Profesional mesti bermula drpd merubah sikap.Kajian drpd Universiti Harvard menyatakan sikap menyumbangkan 93% kpd kejayaan berbanding ilmu,maklumat,dan kemahiran yg hanya menyumbang 7%.

Perubahan sikapp ini hanya akan berlaku apabila usaha dibuat utk memantapkan sistem keyakinan dlm hati.
Dalam ajaran Islam,sistem keyakinan ditunjangi oleh keyakinan kpd Allah dan Hari Akhirat.
Akibatnya disebut ;


*Sabda Rasulullah S.A.W yg bermaksud : "Di dalam tubuh anak Adam ada seketul daging.Jika baik daging itu,baiklah seluruh anggota badan,sebaliknya jika jahat,jahatlah seluruh anggota badan.Ketahuilah daging itu adalah hati."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Langkah terpenting menuju perubahan sikap adalah dgn memiliki ilmu.Ayat AlQuran yg pertama bermula dgn perintah iqra' iaitu bacalah yg menunjukkan pentingnya dlm menimba ilmu dan seterusnya boleh menjana perubahan.

Justeru,utk berubah ke arah kemenangan Islam,perlulah kpd 2 bentuk ilmu.
1)
Ilmu Wahyu-berfungsi m'bgnkn insan.
2)
Ilmu Akiliah(akal)-berfungsi memajukan kehidupan.

Sama2lah kita mengambil iktibar drpd apa dicoretkan penulis di atas.Salam...
p/s : maklumat di ats sedikit sebyk di ambil dr majalah Solusi dan kuliah2 agama.

Saturday, December 26, 2009

Berfikir bersama Islam

Bismillah Pictures, Images and Photos

Terima Kasih tidak terhingga kepada tuan empunya dunia yg mengizinkan penulis membina satu blog bagi mengajak saudara2 pembaca berfikir secara matang,rasional,dan islamik.Terdetiknya hati penulis utk membina blog sebegini apabila terbaca sepotong ayat Quran yg bermaksud :


“Serulah ke jalan tuhanmu(wahai Muhammad) dgn hikmah kebijaksanaan,dan nasihat pengajaran yg baik,dan berbahaslah dgn mereka(yg engkau seru itu)dgn cara yg lebih baik”

(Surah An-Nahl : 125)


Blog ini juga bertujuan mengisi masa lapang penulis yg bercuti selepas tamat peperiksaan SPM dgn bermanfaat serta menceritakn perkara2 menarik yg berlaku dlm kehidupan seharian.InsyaAllah.

p/s : segala komen dan nasihat pembaca amatlah diperlukan dan dihargai.